Kesan Pornografi

 


    Pornografi adalah bahan lucah berbentuk tulisan, imej ataupun visual yang merangsang nafsu dan keinginan seksual. Tidak dapat dinafikan bahawa majoriti lelaki pernah menonton pornografi walaupun hanya sekali. Kemudahan teknologi masa kini telah memudahkan akses kepada pornografi dan yang paling menakutkan ialah ia telahpun dianggap sebagai norma dalam kalangan ramai orang. 

    Ini mungkin disebabkan ramai yang tidak tahu akan kesan negatifnya terhadap kehidupan individu. Otak seseorang yang gemar menonton pornografi adalah hampir sama dengan penagih dadah. Dalam erti kata yang lebih mudah, ya, tabiat menonton pornografi sememangnya akan menjejaskan kesihatan otak individu.

    Ketagihan bahan lucah mengakibatkan bahagian tengah depan otak yang dikenali sebagai Ventral Tegmental Area (VTA) secara fizikalnya akan mengecil. Pornografi menimbulkan perubahan kepada bahan kimia neurotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan badan. Ini membuat mereka yang ketagih pornografi tidak dapat mengawal perilaku. Kerosakan otak akibat ketagih pornografi adalah yang paling teruk, lebih teruk daripada ketagihan kokain (dadah). Ketagihan pornografi selalunya berkembang secara perlahan dan melalui beberapa tahap sehingga mengakibatkan ketagihan teruk ditonjolkan dengan tindakan impulsif, peningkatan ketagihan mencari pornografi, hilang rasa malu dan akhirnya perubahan sikap secara mendadak.

    Ketagihan menonton pornografi mampu menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan kerana ia menyebabkan kekosongan perasaan, rendah diri dan kesepian mendalam antara pasangan berkahwin. Ia juga boleh mengakibatkan perceraian dan kehilangan nilai moral individu, selain menyebabkan kerosakan saraf otak.

    Selain itu, kesan buruk menonton pornografi termasuklah jauh dari rahmat Allah dan terhalang rezekinya. Islam, agama yang membawa kepada kemuliaan dan kebaikan telah menegaskan bahawa seseorang itu sekiranya melihat sesuatu perkara yang bukan haknya, maka hendaklah ia menundukkan pandangannya. Ini kerana mata merupakan antara punca kepada segala bentuk maksiat yang ingin dilakukan. Firman Allah didalam Surah An-Nur & Ayat 30 & 31:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan (30). Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka (31).”


www.madumax.com




Ulasan

Catatan Popular