Tongkat Ali
“Eurycoma longifolia” atau Tongkat
Ali adalah pokok renek malar hijau yang tinggi dan kebiasaannya dijumpai di
Asia Tenggara. Tongkat Ali adalah tumbuhan herba yang popular dalam kalangan
rakyat Malaysia. Lelaki-lelaki di Malaysia mendakwa bahawa teh yang diperbuat
daripada tumbuhan ini meningkatkan keupayaan seksual dan kejantanan mereka. Malah,
pengkaji barat turut melabelkan Tongkat Ali sebagai “home grown Viagra”. Akibatnya,
tumbuhan ini mempunyai permintaan tinggi sehingga kini dianggap sebagai spesies
“dilindungi”.
Tongkat Ali adalah ubat herba yang
telah menjadi sebahagian daripada ubat tradisional Asia Tenggara selama
berabad-abad lamanya. Ia sering digunakan untuk merawat pelbagai penyakit,
termasuk demam, disfungsi ereksi, dan jangkitan bakteria. Bagi penduduk
tempatan Tongkat Ali turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti Tongkat Baginda,
Pasak Bumi, Petala Bumi, Penawar Pahit, Setunjang Bumi, Bedara Merah, Bedara Pahit,
Payong Ali, Bedara Putih dan Ginseng Malaysia.
Perubatan tradisional telah
menggunakan Tongkat Ali sebagai rawatan untuk meningkatkan tenaga, emosi dan
syahwat yang berkurangan selari dengan peningkatan usia. Kajian menunjukkan
bahawa Tongkat Ali boleh meningkatkan kesuburan lelaki, melegakan tekanan, dan
meningkatkan komposisi badan, tetapi penyelidikan dalam bidang ini agak terhad
sebenarnya.
Selain akar dan kulit Tongkat Ali
digunakan untuk merawat disfungsi ereksi (ED), ia turut digunakan untuk
meningkatkan nafsu terhadap seks, kemandulan lelaki, meningkatkan prestasi atletik,
membina badan, dan mengurangkan lemak badan. Ia juga digunakan untuk demam,
malaria, ulser, tekanan darah tinggi, batuk kering, sakit tulang, batuk,
cirit-birit, sakit kepala, sifilis, dan kanser.
Potensi Tongkat Ali untuk
meningkatkan testosteron pada lelaki telah diketahui dan didokumentasikan
dengan baik. Testosteron yang rendah boleh terjadi akibat penuaan, kemoterapi,
rawatan radiasi, ubat-ubatan, kecederaan atau jangkitan buah zakar, dan
lain-lain. Kesan tahap testosteron yang tidak mencukupi termasuk libido rendah,
disfungsi ereksi, dan dalam sesetengah kes, ketidaksuburan. Oleh kerana
sebatian dalam Tongkat Ali boleh meningkatkan testosteron yang rendah, ia dapat
merawat masalah ini.
Ekstrak Tongkat Ali telah banyak digunakan dalam produk-produk makanan atau kesihatan. Sepertimana yang diletakkan di dalam Madu Maxx. Tongkat Ali ini juga boleh diperolehi dalam bentuk suplemen (makanan tambahan). Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Tongkat Ali berkhasiat dalam membantu kesihatan kaum lelaki termasuklah kesihatan sistem reproduktif. Tidak terhenti setakat untuk kesihatan kaum lelaki, ekstrak Tongkat Ali juga berguna untuk lelaki dan wanita dalam mengubati masalah tekanan, meningkatkan saiz dan kekuatan otot, merawat demam Malaria, melawan kanser, mencegah jangkitan bakteria, mencegah pereputan tulang dan bermanfaat kepada penghidap diabetes.
Ulasan
Catat Ulasan