Apa Itu Andropause?

   Andropause




 Andropause merujuk kepada satu keadaan di mana lelaki secara perlahan-lahan hilang minat untuk melakukan aktiviti seksual seiring dengan umur yang kian meningkat. Perkataan andropause diambil daripada Bahasa Greek yang bermaksud - ‘Andro’ yang bermaksud lelaki dan ‘pause’ yang bermaksud berhenti

    Apabila mencecah umur 40 hingga 50 tahun, kebanyakan lelaki akan mula hilang keinginan untuk melakukan hubungan seks. Ada yang mula mengalami disfungsi erektil dan sukar untuk kawal emosi. Simptom lain yang biasa berlaku pada lelaki dalam usia ini ialah:

  • Perubahan mood dan cepat marah
  • Kehilangan jisim otot dan kurang kemampuan untuk bersenam
  • Pengagihan semula lemak, seperti perut boroi atau buah dada lelaki (gynaecomastia)
  • Kurang keghairahan atau tenaga
  • Kesukaran tidur (insomnia) atau cepat penat
  • Sukar menumpukan perhatian dan cepat terlupa

    Andropause berlaku akibat penurunan testosteron dalam badan lelaki. Testosteron ialah hormon yang bertanggungjawab memberi lelaki imej ‘jantan’ seperti misai, janggut, suara yang dalam dan sifat yang kompetitif. Secara amnya, fungsi hormon testosteron adalah:

  • Kulit: Pembentukan bulu pada muka dan rambut.
  • Fungsi pembiakan organ lelaki: Penghasilan sperma, perkembangan prostat, fungsi ereksi.
  • Otot: Kekuatan otot
  • Otak: Nafsu seksual
  • Sum-sum tulang: Penghasilan sel darah merah
  • Tulang: Mengekalkan kekuatan tulang

    Gejala kekurangan hormon testosteron adalah lebih kurang sama dengan gejala putus haid di kalangan wanita. Penurunan ini tidak dapat dielakkan dan akan berlaku kepada semua lelaki disebabkan proses penuaan. Oleh itu, lelaki tidak perlu takut kepada andropause kerana ia merupakan sesuatu yang semulajadi dan sebahagian daripada kehidupan.

    Kajian di internet dan sebagainya lebih banyak menyentuh perihal menopaus yang berlaku pada wanita. Andropause pula jarang diperkatakan dan ia menyebabakan ramai kaum lelaki sendiri yang tidak pernah mengetahui istilah tersebut. Berbanding wanita yang mempunyai tanda jelas ketika dalam proses menopause, lelaki tidak mempunyai simptom yang ketara untuk menandakan mereka telah mencapai andropause. 

    Bagi lelaki, penurunan hormon seks berlaku sedikit demi sedikit dan makan masa bertahun-tahun. Selepas umur 30 tahun, tahap testosteron lelaki akan mula menurun sebanyak 10% setiap dekad. Setiap lelaki pasti akan mengalami penurunan hormon dan ada diantara mereka yang mengalami penurunan yang lebih banyak daripada orang lain akibat gaya hidup yang tidak sihat. Jika penurunan itu berlaku secara tidak normal, lelaki boleh menghidap penyakit yang bernama late-onset hypogonadism ataupun tahap rendah testosteron kerana umur.


www.madumax.com

Ulasan

Catatan Popular