Mencegah Mati Pucuk
Apa Itu Mati Pucuk?
Mati pucuk ataupun lemahnya tenaga batin boleh didefinisikan sebagai penyakit di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ataupun ketidakupayaan seseorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat sulit ketika ingin melakukan hubungan seks.
- Antara punca mati pucuk adalah kerana pengaliran darah yang tidak mencukupi atau terdapat halangan yang menyebabkan aliran darah berkurangan atau tersekat. Disebabkan itu alat kelamin lelaki tidak dapat mencapai tahap ketegangan yang memuaskan.
- Penyakit seperti diabetes atau tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah dan menyebabkan aliran darah tidak berjalan dengan lancar boleh menjadi penyumbang kepada lemahnya tenaga batin.
- Penyakit mental seperti kemurungan juga boleh memberi implikasi negatif terhadap pengaliran darah. Hormon juga salah satu perkara yang diperlukan untuk penegangan zakar, dan disebabkan itu hormon seperti ‘Testosterone’, ‘Endorphin’ dan ‘Tiroid’ adalah sangat-sangat penting bagi lelaki.
Cara Mencegahnya
1. Jaga Berat Badan
Anda perlu memastikan berat badan mereka berada dalam lingkungan yang sihat, dengan cara ini anda dapat mengelakkan pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan masalah mati pucuk seperti diabetes dan tekanan darah tinggi. Menurunkan berat badan juga merupakan antara cara yang baik untuk mengatasi masalah mati pucuk. Penurunan berat badan bukan sahaja dapat memperbaiki masalah lemah tenaga batin malah ia juga boleh meningkatkan tahap testosterone seseorang lelaki.
2. Jaga Tekanan Darah
Tekanan darah juga harus diperhatikan bagi kaum lelaki. Ini kerana tekanan darah tinggi dan mati pucuk mempunyai kaitan antara satu sama lain. Oleh sebab itu, jika anda mempunyai kedua-dua masalah ini, pastikan anda berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Masalah lemah tenaga batin yang anda alami mungkin dapat diatasi jika tekanan darah tinggi anda dirawat secepat mungkin.
3. Kurangkan Pengambilan Kolesterol
Anda boleh mengambil bacaan kolesterol di hospital atau klinik kesihatan. Anda juga boleh mengambil bacaan kolesterol anda di rumah sahaja dengan membeli peranti pengukur kolesterol digital. Penting untuk anda tahu dimana tahap kolesterol anda kerana ia mungkin menjadi punca di sebalik kesukaran anda untuk mendapatkan ereksi.
4. Henti Merokok & Pengambilan Alcohol
Rokok bukan sahaja memberi kesan berbahaya kepada kesihatan lelaki secara umum malah ia juga mampu memberi kesan kepada tahap kesuburan lelaki. Kesuburan lelaki merujuk kepada keupayaan manusia untuk menghasilkan sperma berkualiti tinggi dan merokok akan mengurangkan pengeluaran sperma dan memberi kesan kepada pergerakan sperma. Selain itu, mengambil alcohol juga memberikan kesan sampingan terhadap prestasi seseorang semasa mengadakan hubungan seks.
5. Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat
Mati pucuk
dapat dicegah dengan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat. Antara caranya
adalah bersenam dengan lebih kerap, mengamalkan pemakanan atau diet yang sihat,
menguruskan stres serta berhenti merokok dan sebagainya.
Ulasan
Catat Ulasan