Khasiat Habbatus Sauda Untuk Lelaki
Habbatus Sauda
Habbatus Sauda
atau Jintan Hitam adalah biji daripada tumbuhan berbunga yang secara
saintifiknya dikenali sebagai Nigella Sativa. Ia mempunyai banyak
gelaran lain secara universal. Tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan
dan Asia Barat Daya ini juga dikenali sebagai black seed dalam Bahasa Inggeris.
Habbatus Sauda mempunyai sejenis kompaun yang Bernama Thymoquinone (TQ).
Kompaun tersebut bersifat antioxidant, anti-kanser, anti-bakteria,
antimutagenic, dan anti-radang. Secara keseluruhannya, habbatus sauda digunakan
untuk merawat asma, darah tinggi, keradangan, batuk, bronchitis, sakit kepala,
eczema, demam, pening kepala, dan juga sakit perut.
Ia mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Ia dikatakan salah satu makanan sunnah di samping amalan pemakanan yang diamalkan Rasulullah. Khasiat Habbatus Sauda turut disebut dalam hadith Rasulullah SAW. Daripada Abu Hurairah R.A. ia berkata Rasululah bersabda ang bermaksud:
“Gunakan Habbah as-Sauda kerana mengandungi ubat bagi segala penyakit kecuali kematian.” - Hadith Riwayat Bukhari & Muslim.
Banyak Khasiat Habbatus Sauda untuk
lelaki terutama sekali para suami sebenarnya. Dibawah ini ada huraiannya:
1. Habbatus
Sauda dapat menjaga kualiti sperma yang sihat
Kebiasaannya
golongan lelaki mempunyai gangguan seperti jumlah sperma yang sedikit, kurang
aktif dan tidak matang. Bagi memperoleh cahaya mata, sudah tentu kaum lelaki
memerlukan sel sperma yang sihat untuk meningkatkan peluang isteri mereka hamil.
Oleh itu, kaum lelaki dinasihatkan untuk mengamalkan habbatus sauda kerana ia
mengandungi sumber antioksida seperti karoten, lutein, zeaxanthin dan
cryptoxantin.
2. Melambatkan
ejakulasi
Salah satu
penyebab yang menghalang Wanita untuk mengandung adalah kerana suami terlalu
awal mengeluarkan air mani. Hal ini terjadi apabila otot dan system pembuluh
darah pada bahagian zakar dan testis kurang sihat. Kemudian sel sperma tidak
dapat keluar dengan sempurna dan zakar gagal melakukan ereksi dengan kekuatan
normal. Justeru, kalium dalam habbatus sauda sangat penting untuk mengatasi
masalah ini.
3. Mengekalkan
system saraf reproduksi
Sistem
reprodukis lelaki akan melibatkan banyak saraf dan pembuluh darah, Gangguan
bahagian ini turut menyukarkan suami memperoleh ereksi yang sempurna. Pancutan
air mani ke bahagian faraj terlalu awal akan menghalang proses persenyawaan
berlaku dengan berkesan. Oleh hal demikian, habbatus sauda mengandungi kalium
dan zat besi dapat menjaga keseimbangan sistem saraf
4. Menjaga
peredaran darah
Kaum lelaki
yang memiliki jumlah lemak berlebihan dalam tubuh baisanya akan mengalami
masalah bahagian reproduksi. Keadaan ini mendorong untuk ejakulasi lebih awal
dan mengeluarkan sperma tidak berkualiti.
Dengan
mengamalkan habbatus sauda, masalah ini dapat diatasi secara alami. Kandungan
kalium dalam habbatus sauda dapat membantu menurunkan tahap kolestrol dalam
tubuh. Kemudian, nutrisi mineral ini akan menyokong system peredaran darah agar
menjadi lebih lancer. Jika anda mengambil habbatus sauda secara teratur, ia
akan meningkatkan kualiti dan jumlah sperma lebih banyak.
Kesimpulannya semua
kebaikan habbatus sauda berupaya membantu kesuburan suami isteri bagi meningkatkan peluang untuk kehamilan. Namun, jika anda mengambilnya secara
berlebihan akan menyebabkan kesan sampingan seperti gangguan system pencernaan
dan ginja.
Ulasan
Catat Ulasan