Mandi Wajib

 


    Mandi wajib atau mandi junub adalah perkara yang wajib bagi seorang muslim untuk membersihkan diri dari hadas besar. Seorang muslim yang tidak mengerjakan mandi wajib tidak boleh menunaikan solat. Mandi wajib adalah perbuatan meratakan air ke seluruh tubuh badan. Dasar hukumnya adalah firman Allah:

“… dan jika kamu junub maka mandilah” (QS Al Maidah: 6)

Antara sebab kenapa perlu mandi wajib ialah:

·       Bersetubuh (berjimak) samada keluar air mani ataupun tidak

·       Keluar air mani (secara sengaja ataupun tidak)

·       Datang haid bagi perempuan

·       Wiladah (bersalin)

·       Nifas (darah yang mengiringi selepas bersalin)

·       Mati selain daripada mati syahid


Terdapat 2 rukun mandi wajib iaitu:

1. Niat

2. Cara mandinya adalah seluruh anggota badan hendaklah dibasuh secara menyeluruh termasuklah bahagian-bahagian ini:

·         Rambut (jika terikat hendaklah diuraikan)

·        Semua bulu di seluruh angota badan

·        Bahagian luar kulit telinga

·        Kemaluan lelaki dan perempuan yang sebelah belakang yang zahir semasa membuang air besar

·        Kemaluan perempuan yang zahir pada masa ia duduk membuang air kecil

    Bersuci merupakan suatu perkara yang amat dititikberatkan di dalam kehidupan seorang muslim. Ia adalah antara punca utama sesuatu ibadat itu diterima. Andai seseorang itu mengerjakan ibadah solat tetapi dia tidak mandi wajib, maka solatnya dikira tidak sah.

Ulasan

Catatan Popular