Mimpi Basah
Apa itu mimpi basah?
Mimpi basah adalah benda yang biasa bagi lelaki dan perempuan, dua-dua mengalami benda yang sama. "Nocturnal emission" ialah dimana seseorang lelaki akan terkeluar air mani sewaktu tidur. Mungkin masa dia tidur, dia akan mengalami mimpi melakukan hubungan seks. Namun, ejakulasi juga sering berlaku tanpa rangsangan tertentu.
Mimpi Basah
- Mimpi basah adalah keluar air mani semasa tidur. Kajian menunjukkan bahawa ramai lelaki mengalaminya ketika malam. Tetapi, terdapat perbezaan antara mendapat orgasma malam (rasa sedap tanpa air mani) dengan ejakulasi malam.
- Pancutan kali pertama ketika remaja akhil baligh boleh menyebabkan remaja berasa bimbang dan keliru kerana remaja tiada pengalaman tentang apa yang berlaku.
- Ketika remaja mengalami baligh, mimpi basah adalah sesuatu yang selalu dialami. Oleh itu, semakin berusia seseorang, kekerapan mimpi basah juga akan berkurang disebabkan hormon yang menurun.
Punca mimpi basah
Lelaki yang berumur 15-40 tahun, mereka akan mengalami mimpi basah sekali setiap 3-5 minggu. Kalau yang berumur 19-50 yang dah berkahwin pula, mimpi basah akan terjadi setiap 4-8 minggu. Macam biasalah, makin tua, makin kuranglah mimpi basahnya.
1. Kurang buat aktiviti seks.
2. Pada fasa awal remaja, hormon testosteron yang terlalu banyak.
3. REM (rapid-eye-movement), ia mempengaruhi keadaan seseorang itu bermimpi.
4. Kesan sampingan ubat-ubatan seperti sedatif atau ubat anti-hipertensi.
5. Pengambilan alkohol yang berlebihan dan juga kuat merokok menyebabkan gangguan hormon.
6. Obesiti dan kurang aktiviti fizikal menjadikan kurang pengaliran darah ke kawasan pelvis.
Ulasan
Catat Ulasan